IPOH: Perak akan meneruskan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai bermula tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, keputusan pelaksanaan kempen itu dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) di Putrajaya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, sebelum pelaksanaan itu dikuatkuasakan, Mohd Akmal berkata, pihaknya akan terlebih dahulu menyediakan kertas kajian sebelum perkara itu dijadikan sebagai dasar negeri.
"Insya-Allah, saya sudah maklumkan dalam mesyuarat Exco agar kempen itu diteruskan… pada tahun ini juga kita akan mulakan caj penggunaan plastic kepada pengguna.
"Kita (Perak) akan bekerja kuat untuk mengurangkan pencemaran plastik itu, kerana difahamkan dalam mesyuarat (Menteri Alam Sekitar dan Exco) tersebut ada sesetengah tempat mengalami banjir kilat disebabkan longkang tersumbat dengan plastik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual dan Majlis Penyerahan Lesen Sempena Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa Peringkat Negeri Perak, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Abdul Aziz Parmin.
Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri juga akan menjalankan kempen kesedaran dalam kalangan pengguna terlebih dahulu sebelum melaksanakan caj kepada beg plastik.
"Melalui kempen (kesedaran) dulu dan seterusnya mengenakan caj kepada mereka yang mahu menggunakan plastik.
"Untuk maklumat lanjut nanti kita akan kongsikan, selepas kertas kerja siap daripada pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk diangkat ke mesyuarat Exco.
"Sebelum ini memang ada hari-hari tertentu yang dikenakan caj (beg plastik) tetapi ia hanya kempen. Selepas ini ia akan dijadikan dasar negeri," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan caj pencemaran plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik melalui Kempen Tanpa Beg Plastik seperti yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan pada Selasa berkata, kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu.
Katanya, beberapa negeri lain sedang dalam perancangan untuk mula melaksanakan kempen ini beserta kutipan caj tersebut bermula dengan fasa awal iaitu kesedaran pengguna.
Aida Aziz
Thu May 19 2022
Perak akan meneruskan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai bermula tahun ini. - Gambar hiasan
Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut
Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel Sungai Ulu Segama, di Kinabatangan.
AWANI Ringkas: Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Perak kenakan caj penggunaan plastik 20 sen tahun ini
Negeri Perak juga akan bekerja kuat untuk mengurangkan pencemaran plastik di negeri itu.